Monday 30 June 2014

APLIKASI SIMPUL GETAH TULISAN KEMAS


               1. Hasil tulisan sebelum penggunaan simpul getah tulisan kemas

                2. Hasil tulisan selepas penggunaan simpul getah tulisan kemas



Saturday 28 June 2014

KENAPA SIMPUL GETAH?



Fungsi getah yang disimpul pada batang pensel atau pen adalah untuk membantu pengguna ketika aktiviti menulis, getah tersebut dapat mengawal cara pengguna menggenggam pensel atau pen, dan secara tidak langsung membantu pengguna ketika membentuk tulisan untuk menghasilkan tulisan yang kemas. Getah simpul juga berfungsi mengawal pergerakan jari dalam aktiviti psikomotor halus.

LANGKAH-LANGKAH MENGGUNAKAN SIMPUL GETAH TULISAN KEMAS (SGTK)






1. Sediakan getah pengikat barang bersaiz kecil atau besar dan  pensel atau alat tulis yang lain seperti pen atau pen marker.








2. Simpul getah pada pensel .







3. Simpul getah pada alat tulis beberapa kali.





4. Simpulan getah pada alat tulis seperti pensel perlu disesuaikan mengikut tinggi atau rendah cara pengguna memegang alat tulis tersebut dan pastikan pegangan kejap supaya pengguna selesa.







5. Rapatkan simpulan dan kemaskan pada alat tulis, getah yang digunakan secara tidak langsung menjadi alat terapi pada jejari pengguna, hasil geseran kulit dan getah menjadikan kulit terasa seperti urutan ringan.






6. Setelah getah disimpul dengan kemas pada alat tulis, ianya telah boleh digunakan, sama ada pengguna menggunakan tangan kanan atau kiri tidak menjadi masalah kerana ianya sesuai digunakan pada pengguna tangan kanan atau kidal.


                             "Selamat Mencuba"

Bab 4 Tulisan Tidak Kemas Menjejaskan Komunikasi Efektif


Getah pengikat barang dijadikan sebagai alat untuk membantu ke arah menghasilkan tulisan kemas. Getah pengikat mudah diperoleh di mana sahaja. Semua golongan sama ada murid-murid, pelajar, pekerja atau suri rumah tangga mengenali getah gelung pengikat barang.

SIMPUL GETAH TULISAN KEMAS (SGTK) MEMBANTU MENGHASILKAN TULISAN KEMAS








Friday 27 June 2014

Bab 3 Tulisan Tidak Kemas Menjejaskan Komunikasi Efektif



Definisi tulisan akan dikaitkan dengan proses komunikasi yang terjadi. Proses komunikasi merupakan proses pemindahan maklumat daripada seorang kepada seorang yang lain. Dalam menjalankan proses komunikasi ini, dua pihak diperlukan, iaitu pihak yang melakukan pemberian maklumat dan pihak yang menerima maklumat tersebut serta ada maklumat yang ingin dipindahkan antara keduanya.

Dalam melakukan proses komunikasi, alat komunikasi amat diperlukan. Alat komunikasi yang kerap digunakan ialah bahasa. Bahasa merupakan pengungkapan ekspresi yang ada dalam diri manusia yang mampu diekspresikan dengan tujuan membolehkan orang lain mengetahui apa yang ada dalam pemikiran si pemberi maklumat.Jenis bahasa yang biasa digunakan ialah bahasa verbal dan bahasa non verbal. Bahasa verbal ialah bahasa yang menggunakan kata-kata, sedangkan bahasa non verbal menggunakan isyarat tanpa penggunaan kata-kata.

Pembahagian alat lain dalam proses komunikasi yang dilakukan adalah komunikasi dengan menggunakan lisan yang dikenali sebagai komunikasi primer, manakala komunikasi dengan menggunakan tulisan pula dikenali sebagai komunikasi sekunder.Bentuk komunikasi dengan menggunakan tulisan ini ialah huruf yang dirangkai menjadi kata dan juga kalimat (ayat). Tujuannya supaya mampu untuk membentuk pemahaman yang dapat didifahami oleh si penerima dalam proses komunikasi.

Penggunaan tulisan boleh dianggap lebih sederhana jika dibandingkan dengan bahasa lisan yang digunakan dalam proses komunikasi. Hal ini adalah disebabkan oleh, bahasa lisan akan dilengkapi dengan adanya intonasi dan mimik muka ketika berbicara serta nada suara yang mana hal ini akan memberi makna dan erti yang tersendiri. Melalui media tulisan, yang akan diterima ialah apa yang ada dalam tulisan tersebut sebagai satu maklumat tanpa adanya tambahan kesan yang muncul dalam tulisan tersebut. Nada yang ada ialah nada yang normal belaka.

Jenis komunikasi tulisan yang banyak dilakukan adalah melalui surat, email sebagai bentuk surat elektronik, sistem pesanan ringkas, dan sebagainya. Jenis komunikasi ini memang menerapkan definisi tulisan sebagai alat komunikasi yang digunakan dalam beberapa hal dan keadaan tertentu. Justeru, tulisan yang sukar dibaca menjejaskan komunikasi efektif.