Monday, 30 June 2014
APLIKASI SIMPUL GETAH TULISAN KEMAS
1. Hasil tulisan sebelum penggunaan simpul getah tulisan kemas
2. Hasil tulisan selepas penggunaan simpul getah tulisan kemas
Saturday, 28 June 2014
KENAPA SIMPUL GETAH?
Fungsi getah yang
disimpul pada batang pensel atau pen adalah untuk membantu pengguna ketika
aktiviti menulis, getah tersebut dapat mengawal cara pengguna menggenggam
pensel atau pen, dan secara tidak langsung membantu pengguna ketika membentuk
tulisan untuk menghasilkan tulisan yang kemas. Getah simpul juga berfungsi
mengawal pergerakan jari dalam aktiviti psikomotor halus.
LANGKAH-LANGKAH MENGGUNAKAN SIMPUL GETAH TULISAN KEMAS (SGTK)
1. Sediakan getah pengikat barang bersaiz kecil atau besar dan pensel atau alat tulis yang lain seperti pen atau pen marker.
2. Simpul getah pada pensel .
3. Simpul getah pada alat tulis beberapa kali.
4. Simpulan getah pada alat tulis seperti pensel perlu disesuaikan mengikut tinggi atau rendah cara pengguna memegang alat tulis tersebut dan pastikan pegangan kejap supaya pengguna selesa.
5. Rapatkan simpulan dan kemaskan pada alat tulis, getah yang digunakan secara tidak langsung menjadi alat terapi pada jejari pengguna, hasil geseran kulit dan getah menjadikan kulit terasa seperti urutan ringan.
6. Setelah getah disimpul dengan kemas pada alat tulis, ianya telah boleh digunakan, sama ada pengguna menggunakan tangan kanan atau kiri tidak menjadi masalah kerana ianya sesuai digunakan pada pengguna tangan kanan atau kidal.
"Selamat Mencuba"
Bab 4 Tulisan Tidak Kemas Menjejaskan Komunikasi Efektif
Getah pengikat barang dijadikan sebagai alat untuk membantu ke arah menghasilkan tulisan kemas. Getah pengikat mudah diperoleh di mana sahaja. Semua golongan sama ada murid-murid, pelajar, pekerja atau suri rumah tangga mengenali getah gelung pengikat barang.
Friday, 27 June 2014
Bab 3 Tulisan Tidak Kemas Menjejaskan Komunikasi Efektif
Definisi tulisan akan dikaitkan dengan
proses komunikasi yang terjadi. Proses komunikasi merupakan proses pemindahan
maklumat daripada seorang kepada seorang yang lain. Dalam menjalankan proses
komunikasi ini, dua pihak diperlukan, iaitu pihak yang melakukan pemberian
maklumat dan pihak yang menerima maklumat tersebut serta ada maklumat yang
ingin dipindahkan antara keduanya.
Dalam melakukan proses komunikasi, alat
komunikasi amat diperlukan. Alat komunikasi yang kerap digunakan ialah bahasa.
Bahasa merupakan pengungkapan ekspresi yang ada dalam diri manusia yang mampu
diekspresikan dengan tujuan membolehkan orang lain mengetahui apa yang ada
dalam pemikiran si pemberi maklumat.Jenis bahasa yang biasa digunakan ialah
bahasa verbal dan bahasa non verbal. Bahasa verbal ialah bahasa yang menggunakan kata-kata, sedangkan bahasa non verbal menggunakan isyarat tanpa
penggunaan kata-kata.
Pembahagian alat lain dalam proses
komunikasi yang dilakukan adalah komunikasi dengan menggunakan lisan yang
dikenali sebagai komunikasi primer, manakala komunikasi dengan menggunakan
tulisan pula dikenali sebagai komunikasi sekunder.Bentuk komunikasi dengan
menggunakan tulisan ini ialah huruf yang dirangkai menjadi kata dan juga
kalimat (ayat). Tujuannya supaya mampu untuk membentuk pemahaman yang dapat
didifahami oleh si penerima dalam proses komunikasi.
Penggunaan tulisan boleh dianggap lebih
sederhana jika dibandingkan dengan bahasa lisan yang digunakan dalam proses
komunikasi. Hal ini adalah disebabkan oleh, bahasa lisan akan dilengkapi dengan
adanya intonasi dan mimik muka ketika berbicara serta nada suara yang mana hal
ini akan memberi makna dan erti yang tersendiri. Melalui media tulisan, yang
akan diterima ialah apa yang ada dalam tulisan tersebut sebagai satu maklumat
tanpa adanya tambahan kesan yang muncul dalam tulisan tersebut. Nada yang ada ialah
nada yang normal belaka.
Jenis komunikasi tulisan yang banyak
dilakukan adalah melalui surat, email
sebagai bentuk surat elektronik, sistem pesanan ringkas, dan sebagainya. Jenis
komunikasi ini memang menerapkan definisi tulisan sebagai alat komunikasi yang
digunakan dalam beberapa hal dan keadaan tertentu. Justeru, tulisan yang sukar
dibaca menjejaskan komunikasi efektif.
Subscribe to:
Posts (Atom)