Friday 27 June 2014

Bab 1 Tulisan Tidak Kemas Menjejaskan Komunikasi Efektif


Apakah yang dimaksudkan dengan tulisan?

Tulisan ialah lambang-lambang bunyi bahasa yang telah dipindahkan dalam bentuk grafik bagi melahirkan perasaan, fikiran dan idea. Tulisan dianggap lambang bahasa peringkat kedua selepas pertuturan. Tulisan terhasil daripada kemahiran menulis yang merupakan kemahiran bahasa yang paling kompleks jika dibandingkan dengan kemahiran bahasa yang lain, iaitu mendengar, bertutur dan membaca. Jelasnya, menulis bukan sesuatu yang mudah malah sebaliknya merupakan gabungan beberapa proses yang kompleks (Azman Wan Chik, 1982). 

Aktiviti menulis merupakan kegiatan menghasilkan simbol-simbol grafik yang disusun atur berdasarkan pertuturan yang membentuk perkataan dan seterusnya disusun menjadi ayat-ayat. Oleh itu, menulis adalah proses memindahkan lambang-lambang bunyi yang tersusun dan teradun bagi melahirkan bunyi-bunyi yang bermakna serta dijadikan alat komunikasi. Tulisan diperlukan bagi menyampaikan sesuatu berita yang tidak disampaikan melalui suara disebabkan masalah seperti jarak dan masa.

1 comment:

  1. Harrah's Reno Casino & Hotel, Reno - Mapyro
    Get directions, 사천 출장안마 reviews and information for 남양주 출장샵 Harrah's Reno Casino 삼척 출장마사지 & Hotel, Reno, 아산 출장샵 NV, 문경 출장안마 in Reno, NV.

    ReplyDelete

Terima kasih di atas komen anda.