Saturday 28 June 2014

KENAPA SIMPUL GETAH?



Fungsi getah yang disimpul pada batang pensel atau pen adalah untuk membantu pengguna ketika aktiviti menulis, getah tersebut dapat mengawal cara pengguna menggenggam pensel atau pen, dan secara tidak langsung membantu pengguna ketika membentuk tulisan untuk menghasilkan tulisan yang kemas. Getah simpul juga berfungsi mengawal pergerakan jari dalam aktiviti psikomotor halus.

18 comments:

  1. Penggunaan Simpul Getah mendapat sambutan yang amat baik daripada pelajar KDC Kemas interaksi PdP Jun 2014

    ReplyDelete
  2. Wahh lepasni mesti Tulisan saya Kemas. Mudah nak faham!!!! Terima kasih banyak2 sebab Berkongsi :)))))))

    ReplyDelete
  3. kaedah yg mudah difahami untuk hasil menakjubkan..

    ReplyDelete
  4. Simpul Getah ini akan membantu saya apabila,saya menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.ini akan membantu murid pemulihan yang sukar untuk menulis dengan kemas.saya berharap blog ini akan membantu saya pada bila-bila masa.tq

    ReplyDelete
  5. Kaedah ini senang dan mudah difahami serta membantu murid pemulihan ketika aktiviti menulis, dapat mengawal cara mereka menggenggam pensel supaya dapat menghasilkan tulisan yang kemas. Oleh itu, sebagai seorang guru pelatih, saya akan menggunakan kaedah ini dalam P&P pada masa yang akan datang. Tq.

    ReplyDelete
  6. Saya akan cuba cara ini semasa berada di sekolah nanti ... !!!!

    ReplyDelete
  7. Simpul getah ini adalah kaedah yang mudah . Saya akan cuba menggunakan kaedah ini dalam P&P.

    ReplyDelete
  8. ini merupakan satu kaedah yang bagus bagi guru pelatih mencubanya pada masa praktikum

    ReplyDelete
  9. Saya akan menggunakan kaedah simpul getah ini apabila saya berhadapan dengan murid pemulihan yang sukar untuk menulis dengan kemas.Saya juga akan memastikan setiap murid tulis dengan kemas dan juga akan memberi tunjuk ajar cara menulis dengan kemas dalam waktu P&P.

    ReplyDelete
  10. Sebagai seorang bakal guru yang berdedikasi, saya akan memastikan murid saya menggunakan kaedah ini supaya tulisan mereka lebih kemas dan tidak comot. Kaedah ini juga senang untuk dipraktikkan dalam kalangan murid-murid.

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. Ianya sangat kreatif dan berguna untuk murid pemulihan.Harap pada masa yang akan datang ianya akan berguna sangat untuk murid pemulihan.

    ReplyDelete
  13. Pada pandangan saya, cara ini merupakan satu usaha yang dapat meningkatkan lagi kecekapan murid dalam menulis. Saya rasa saya dapat menggunakan cara yang kreatif ini semasa saya mengajar murid di sekolah pada masa yang akan datang. Tambahan pula, cara ini mampu membantu murid pemulihan untuk menulis huruf dengan betul dan kemas.

    ReplyDelete
  14. salah satu usaha dan cara yang terbaik untuk melahirkan pelajar yang menulis dengan cantik dan kemas..saya berharap saya boleh menggunakan cara ini semasa saya menjalani practicum saya.;terima kasih puan :)

    ReplyDelete
  15. Satu kaedah yang kreatif dan efektif.....Sebagai seorang bakal guru pemulihan, saya akan mempraltikkan kaedah ini apabila berdepan dengan murid pemulihan yang menghadapi masalah menulis dengan kemas........

    ReplyDelete
  16. Kaedah simpul getah ini mudah dipraktikkan dan sesuai untuk kanak-kanak yang bermasalah dalam menghasilkan tulisan yang kemas dan seragam di samping juga ia dapat meningkatkan kemahiran otot-otot perjarian untuk menulis.

    ReplyDelete

Terima kasih di atas komen anda.