Definisi tulisan akan dikaitkan dengan
proses komunikasi yang terjadi. Proses komunikasi merupakan proses pemindahan
maklumat daripada seorang kepada seorang yang lain. Dalam menjalankan proses
komunikasi ini, dua pihak diperlukan, iaitu pihak yang melakukan pemberian
maklumat dan pihak yang menerima maklumat tersebut serta ada maklumat yang
ingin dipindahkan antara keduanya.
Dalam melakukan proses komunikasi, alat
komunikasi amat diperlukan. Alat komunikasi yang kerap digunakan ialah bahasa.
Bahasa merupakan pengungkapan ekspresi yang ada dalam diri manusia yang mampu
diekspresikan dengan tujuan membolehkan orang lain mengetahui apa yang ada
dalam pemikiran si pemberi maklumat.Jenis bahasa yang biasa digunakan ialah
bahasa verbal dan bahasa non verbal. Bahasa verbal ialah bahasa yang menggunakan kata-kata, sedangkan bahasa non verbal menggunakan isyarat tanpa
penggunaan kata-kata.
Pembahagian alat lain dalam proses
komunikasi yang dilakukan adalah komunikasi dengan menggunakan lisan yang
dikenali sebagai komunikasi primer, manakala komunikasi dengan menggunakan
tulisan pula dikenali sebagai komunikasi sekunder.Bentuk komunikasi dengan
menggunakan tulisan ini ialah huruf yang dirangkai menjadi kata dan juga
kalimat (ayat). Tujuannya supaya mampu untuk membentuk pemahaman yang dapat
didifahami oleh si penerima dalam proses komunikasi.
Penggunaan tulisan boleh dianggap lebih
sederhana jika dibandingkan dengan bahasa lisan yang digunakan dalam proses
komunikasi. Hal ini adalah disebabkan oleh, bahasa lisan akan dilengkapi dengan
adanya intonasi dan mimik muka ketika berbicara serta nada suara yang mana hal
ini akan memberi makna dan erti yang tersendiri. Melalui media tulisan, yang
akan diterima ialah apa yang ada dalam tulisan tersebut sebagai satu maklumat
tanpa adanya tambahan kesan yang muncul dalam tulisan tersebut. Nada yang ada ialah
nada yang normal belaka.
Jenis komunikasi tulisan yang banyak
dilakukan adalah melalui surat, email
sebagai bentuk surat elektronik, sistem pesanan ringkas, dan sebagainya. Jenis
komunikasi ini memang menerapkan definisi tulisan sebagai alat komunikasi yang
digunakan dalam beberapa hal dan keadaan tertentu. Justeru, tulisan yang sukar
dibaca menjejaskan komunikasi efektif.
Good info~
ReplyDelete